Monday, April 16, 2012

Kenapa ada Ujian dari Allah . . ?


Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang saya hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu.? Sebab Allah tak sayang saya.? Tak.! Sebab Allah sayang saya. Allah nak buat saya lebih kuat. Allah tak uji orang yang Dia tak sayang. Kalau Allah tak sayang  saya , Dia akan biarkan je saya, tak hiraukan  saya . Dan Allah yakin  saya boleh hadapi ujian ni. Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan akak untuk terima ujian ni. Adakah saya akan salahkan Dia..? 

Saya yakin, dengan ujian ni, buat saya lebih dekat dengan Allah kan.? Manusia memang macam tu, macam saya, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat saya lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..

Saya seorang yang kuat.! Saya percaya. Kalau tak, masakan Allah bagi saya ujian macam ni. Dan  saya  berhak untuk dapat orang yang lebih baik daripada cinta-cinta  saya  sebelum ni..! Ambil ibrah(pengajaran) dari semua yang dah berlaku tu. Setiap orang ada cerita mereka tersendiri.

Saya dah terima ujian yang kuat sebelum kahwin. Nanti bila dah kahwin, datang ujian-ujian lagi,  saya tak heran dah, kacang je nak hadapi sebab  saya pernah hadapi ujian yang lebih kuat.

Saya sangat berpegang teguh kepada dua ayat di atas. Panduan hidup saya. InshaAllah. Sangat membantu apabila ujian-ujian saya datang.

Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan
hari-hari kita sentiasa cerah :)

Oh, saya ada satu doa untuk dikongsi pada semua dan peringatan kepada diri saya sendiri.

Letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, kita sume akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan.

Yakinlah wahai diri ini,

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]]

Luka memang pedih. Tapi sedalam mana pun luka tu, pasti terubat. Kerana Allah sudah tetapkan yang terbaik untuk umatnya. InsyaAllah ;)

No comments:

Post a Comment