Wednesday, March 21, 2012

Kerana Baitulmuslim Itu Perkongsian Bukannya Pemilikan


Saya teringat beberapa analogi penting yang diberikan dalam buku 'Men are From Mars, Women are From Venus'. Bagi pelajar IPT yang  menggemari blog Saifulislam.com pasti mengenali buku ini.
Kisahnya adalah psikologi. Antara dua makhluk yang berlainan, tinggal dalam satu perjanjian teguh yang dinamakan pernikahan. Buku ini banyak mengajar akibat apabila komunikasi yang tidak berkesan berlaku. Juga kegagalan suami atau isteri memahami gerak tingkah laku pasangannya. Semuanya boleh jadi satu kelebihan andai masing-masing pandai mengendalikan.
Saya ambil contoh, dalam salah satu bab yang diceritakan dalam buku ini adalah bagaimana lelaki perlu memahami cara sudut wanita menafsir hadiah yang telah diberikan pada mereka.
Penulis buku tersebut mengatakan, apabila seorang suami membawa isteri dan anak-anaknya melancong dan telah berhabis banyak duit itu semua satu kecukupan. Tidak perlu memberi lagi hadiah lain dalam satu tempoh tertentu. Tetapi pandangan ini silap, andai kata suaminya memberikan sejambak bunga ros pada selang seminggu selepas tarikh bercuti ianya adaah sama nilainya di sisi seorang isteri.
Begitu juga sifatnya apabila seorang suami membayar wang ansuran bulanan. Jangan fikir isteri akan segera memahami dan tidak meminta apa-apa lagi, lalu memang apa-apapun suami tidak beli atau hadiahkan. Paling kurang hadiah sesuatu, atau belikan sesuatu walaupun perkara itu seremah sejambak bunga. Percayalah dengan komunikasi berkesan, maka kedua-dua akan faham dan saling bersama-sama untuk membaiki diri sendiri.

Berkahwinlah untuk banyak memberi berbanding menerima 
Apabila ini telah ditetapkan dalam minda, insya-Allah kedua-duanya akan diberikan keberkatan oleh Allah Taala. Ingatlah perkahwinan yang dinilai dalam Islam jauh daripada tujuan perkahwinan yang digilai oleh pengikut nafsu. Ianya direntang oleh perjanjian teguh yang Allah sebutkan dalam Al-Quran sebagai 'Mitsaqan Ghaliza'. Apa itu 'Mitsaaqan ghaliza'?
Itulah perjanjian teguh yang disebut Allah di dalam kalam sucinya hanya pada 3 tempat. Dalam surah An-Nisa' ayat 154 ketika Allah mengangkat bukit Tsur di atas kepala Bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia dengan Allah Taala. Kedua, dalam surah Al-Ahzab ketika Allah Taala mengambil perjanjian teguh ke atas Nabi Muhammad SAW dan Rasul Ulul Azmi dan ketiga pada surah An-Nisa' ayat 21 tentang hubungan pernikahan.
Bagi seorang suami, apa-apa yang diinfakkan untuk isteri dan keluarganya adalah satu sedekah yang tinggi nilainya di sisi Allah Taala. Jika isteri adalah seorang yang suka meminta yang tidak patut, seorang suami seharusnya memahamkan melalui sikap dan tingkah laku mereka. Seseorang pernah menasihatkan saya, teguhkanlah perjanjianmu dengan isteri pada malam pertama perkahwinan. Tetapkan halatuju perkahwinan yang didambakan dan anak-anak yang bakal membesar dalam lingkungan didikan perkahwinan ini. Terangkan pada isteri, nantinya walau Allah Taala memberi rezeki yang banyak, tetapi itulah bukan tujuan pernikahan ini. Kerana cita-cita tertinggi itu adalah syurga Allah Taala, yang perlu sama-sama suami isteri cita-citakan. Dan demi cita-cita ini tidak mustahil Allah Taala berikan sedikit ujiannya.
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah ayat 155) 
Bagi seorang isteri, jangan memungkiri perjanjian yang teguh ini. Kerana apabila seorang suami berbesar hati untuk memberikan mahar, bermakna mereka menghargai dirimu sendiri. Eratnya tangan suami mengenggam saat nikah begitulah teguhnya hati untuk menerima tanggungjawab ini. Berazamlah untuk banyak memberi juga, kerana perjanjian ini juga membantu kamu untuk meraih syurga. 
Salah satu hak seorang suami terhadap isterinya adalah mensyukuri akan kebaikan yang dilakukan oleh suami dan tidak melupakannya. Namun, sayangnya ramai wanita yang tidak menghargai hak ini dan sewenang-wenangnya mengumpat dan mengeji suami di belakang. Ramai isteri yang dilayan dengan baik oleh suaminya, namun amat menyedihkan apabila si isteri menjumpai satu perkara yang kurang disenangi oleh suaminya atau suami membuat kesilapan sekali maka dengan mudahnya seorang isteri itu berkata, " Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan daripadamu."
Apa yang diperlukan adalah sekeping hati
Dalam diri seorang lelaki yang bakal menempuh hari-hari perkahwinannya, tiada lain yang pemberian seorang isteri, atau perkara yang paling menggembirakannya selain sekeping hati seorang isteri. Hati tulus yang sanggup dan bersedia berada di sisi mereka saat senang, dan tentunya hati itu bakal menguatkan di kala kesusahan. Hati yang berbunga saat sama-sama ketawa dan hati yang sama-sama bersimpati saat mengalami muram durja.
Inilah kemulian seorang isteri yang paling menggembirakan. Sehinggakan kebaikan ini tergambar dalam kata-kata Nabi SAW saat memuji Saiditina Khadijah,
"Dia adalah seorang wanita yang terbaik,kerana dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keingkaran, dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhdapku, dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain"
Kerana Baitulmuslim itu menguatkan, maka suami isteri yang kuat dan sentiasa mencari redho Allah SWT akan menjadi permata berharga buat masyarakat dan meneguhkan ummat.




Monday, March 19, 2012

Zikir Untuk Melembutkan Hati SUAMI (♥)

Assalam.;)

Saya share artikal ni untuk kegunaan semua yah! ianya amat berguna untuk kita semua..


-----Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir 
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: “ Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi ” 

:: Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran ::


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.




 



5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' 

Wednesday, May 11, 2011

I love U , rain! tq Allah

Assalam semua..=))

Rain, name boyfie baru saya la.hehe

Bukanbukan tapi ianya HUJAN...

Da lama sangat rasanya bumi tidak dilimpahi hujan..

tersangat la panas..taktau nak cakap..

tapi hari ni, Alhamdulillah...Hujan TURUN!

Lega,lega,lega!


Saturday, March 5, 2011

seharian bersama

Assalamualaikum semua...

semalam 5.3.2011 adalah tarikh kami semua DNS5 berkumpul utk sesi mencipta kenangan..
tempat yg dipilih utk kali ini ialag "air terjun terong taiping,mee udang kuala sepetang dan lake garden"
perjalanan yg mengambil masa kirakira 1jam 15minit..
4 buah kereta....
menyeronokkan..!!
tp syg ada beberapa org yang xdpt menghadirkan diri..
so next tyme hrp korg2 dpt join yea...
so far,alhamdulillah...
semua pelajar lelaki yg masih or x lg pelajar dpt join...
tq so much yea sume yg mmberi kerjasama...
 so! boleh la layan gmbr2 dkt bwh ok..=))

cheers~

                                           squadsquad dns..smpai d taiping sudah~

                                            squadsquad lagi...


 
                                           yeahhh! telah smapi ke destinasi yg dituju....
                                               air terjun terong,taiping perak~

                                           squadsquad dns membancuh air...

                                           sedang menghidupkan bara utk BBQ...

                                      dak kecik yg nangis selalu lalu diberi mkn nugget

                                            yaehh! kami mula berposing~

                                           berposing lagi di air terjun~

                                           mukamuka kelaparan yang menunggu BBQ masak...

                                                                       mangsa lemas..
                                                                           kecian...

                                                     aksiaksi penerjun..

                                                                          paling cun!!
                                                                              cool~

                                                                              dns team~

                                                                modelmodel beraksi lagi~

                                                     jelas terpancar wajahwajah kegirangan

                                                    mahu berangkat ke destinasi yang lain~
pengganti Sjibeng~haha

p/s:tq again...gmbr yg dikeluarkan adalah pilihan yg terbaik...sila vote utk pergi lagi~

Wednesday, March 2, 2011

P R E S S U R E

BENCI!!

rase nak jew lari jauhjauh tinggalkan semua masalah...kenapa..
hurm,ble semua nia akan berakhir?
selagi xabes bljr...!!
gilagilagila~~~

tak skenya situasi ni...
sebulan jer lg nk final.. FYP tergantung macam tuh jer..
xtaw apa yang ptt dilakukan..
smpai SV sndri xbole nk bg kata ptus..
dye pon bergntung pd lect lain..

KENAPA KAMI JADI BAHAN UJIKAJI??
persoalan yang menjadi tandatanya semua budak kelas..
kesian dekat kami..
punya laa pulun bt projek..
last2 ble hardcore dtg, projek di reject BULAT2!!

nak berhenti pon da rugi..
nak truskan rasa xmampu pon ada...
mungkin memerlukan kata semangat dari kalian semua..
n sesiapa yg hardcore network tuh boleh laa share kan ideaidea tuantuan & puanpuan sekalian..
mogemoge ada la yea!
jangan malumalu yea...=))
tq so much~


p/s: dlm library ni..xley tulih panjang2..dtg cni nk bt researh sbnrnya..!haha~

Wednesday, February 16, 2011

sowry guys..

As Salam...
hello readers..
mst ramai tertggu2 entry terbaru kn?hehe...
sowry okeyh....
sy bz skit...
jgn mrh yea=))
ok..
nt update lg~~

Sunday, November 7, 2010

Date With Ma Darlink~


ini ialah Muhammad Zarith Ashraf.
gulagula hatiku..



si kecil membuat peace tanda aman dan xnk pulang dr bermain buaian!



si kecil yang malumalu.



si kecil yang mengadangada!


senyum =)





Wednesday, October 20, 2010

setelah sekian lame~

Salam semua. setelah sekian lamenya tak menulis blog ni, hari ni nak tulis. hehe.. nak taw mne sy pergi lamalama? saya sakit.. tak berapa sihat. kerja pon cuti memanjang.. bole dikatakan MONTH OF SICKNESS~ minggu yang kedua bulan ni saya kne gastrik yang amat teruk..tak pergi kerja dua hari.hehe. lepas da elok skit hari ahad tuh pergi jalanjalan ke jayajusco.pada mulanya oke aje.takde apeape pon rase pening ke.. tibetibe flat dan pengsan.uhh,memalukan..tp takpe.sakit punye pasal.saya bt tak taw jerp. hehe. cuti lagi tiga hari. then  pergi medicak check up dan keputusannya ALHAMDULILLAH..takde apeape yang membimbangkan. peningpening biasa aje. 

uhh...tkot wooo ble masuk dalam blik CT SCAN..masuk terowong...taktahu apeape pon.cume baring dan pejam mate.lamenya...rase nak bgun n berlari kuat2.xmo3..then waktu amik MC dlm blik dr, MA pesan jge dri baik2.rehat puaspuas d rumah yea. ish~tq ler ats nchat tuh..tp jgn gtai lebeyh ehhh!! Pakcik Faris marah la!! hehe.. so sekarang masih lagi tak berapa sehat. tetap pergi kerja. kalo sakit jgk, bole mntak bos balik~ehe...

Agaknya rindu kt Pakcik Faris kot ni...lme sgt da xjmpe. katanya nak blik..ble nk tgk adinda ni syg?? hehe.. Miss u la papa~ 

Friday, September 24, 2010

Berita gempar::Saya nak kawen=))!


Salam semua readers
...mst gempar kn berita saya nak kawen ni...opp cos la..siapa dlm dunia ni xnk kawen kan???
hurm...memang la saya nak kawen...

tppppp....
lambat lg la sbnrnya...
hehehe....
berangan jab...(",)
oiii!!!!bgun la...xkn dptnya nak kawen cmni...JGN MIMPI LAA WEH!!
tp kalau bole nak kawen cm dalam video kat bawah ni lowh...

haha 
so korg kne tgk sgt2 video ni...
klo adew spe2 nak sponsor saya kawen cmni pn boleh...sila drop comment k..
hahaha....adew ke org nak sponsor saya kawen cmni??
hehehe...
semua reader jgn riso yea..klau saya kawen saya akan jemput...=))
selamat menonton!
jeng3x!!


best x?
korg pn teringgin kan nak kawen cmni??
haa...
brangan2...
k lah..semua org doakan saya dapat kawen cmtuh yea=))
tq smua..salam...

Sunday, August 29, 2010

~Raya Ohh Raya~

huh!! raya ouhh raya~~
ble brckp tntg rye ni kn....aih,,pening la kpale ak...nk sdiakan duit tuk baju la..kuih la...gaji pon ciputt jer...mane ckup...hehe...tp ckup la skadar hidup seorg diri. dan suami plak bli gne duit snndr!haha..biasa la..adt berjauhan.....huh!! seperti biasa,,ibu akan suruh ak bawak adik pg shopink!!shopink bju kurung sudah pn dibuat setelah smggu berpuasa..haha..awl gle..maklum lah...smangat nk raye tuh lebeyh skit...kih3!! bkn la....tkot abis,nt xd size susah sbb adik ak ni GemoX!! Lalala...

So,smlm aku cuti..biasa la..ari mggu mmg la cuti..tp mggu2 lps bz la...dgn bt kuih rye..da siap pn n da d poskn ke Batu Pahat utk suami terchenta...wakaka...sdap katenya...xtaw la stakat mne kbenarannya...skadar tpu utk menyedapkan hati aku kot..hahah...tp ak taw..mmg sdap pn...tgk org la..=)))

Semalam bawak adik aku pg shopink....dr tesco ke jusco lalu ke the store....abes da brg2 adik aku yg perlu dicari...tggl aku pny jer..hukhuk..=((...spe nk tman aku pg shopink?? kuar umh dr pkul 1 smpai la pkul 7.40 bru smpai umh sbb mommy col ckp xyh bkk puasa kt luar...sbb mommy da bli bnyk lauk....

Kaki da xrse kaki da smlm...rse nk pnyepak org jer...haha...pnyela rushing nk blik umh sbb nk bbke...drive pn laju jer...lapar pny pasal....then tgh laju tuh.....tibe2!!!!! terlanggar seekor kucing...huhuhu...dalam ati ckp "sowi la nyanyau..xsngaje...np main tgh jln....=((..." bunyi tulang dye krakkkkk!! patah...ciannye.........walaupon ak xske nyanyau tp rse kcian sgt....sdih jer...tp nyanyau jht..ske kaco gli2 kt kaki ble ak nk mkn...cian sgt2!! da dkt bru nmpk dye nk melintas...xsmpat nk elak sbb tgh laju....sowii yea nyanyau....pg wkt bln pose ni baik....hehe...

Da la....xpyh cter pasal nyanyau....cian dye...sdar x sdar da puasa yg ke 20 kn...skit jer lagi nk rye...hehe...tp xsmagat mne pn....biasa2 jer....eh2!korg pny bju rye colour ap??taun ni sy dan suami memilih colour kuning...kuning cair2 tuh..(huh..killer statement )..then bju lain plak wne biru...hehe....ok la...smpai cni blog d update yea..
lain kali crite lg yea=)) salam...

Monday, August 9, 2010

~~All dis happen when we meet each other~~











kami sgt suka bergambar!~ smpai lewat mlm pn jd..haha
last2 semua pn da penat..
pulang kerumah dgn hati gembiranya kerana setelah sekian lme tidak berjumpa~~
tq pd syg2 ku krn sudi kluar bersma..

ini adalah permulaan~~

salam semua..
hehe...xcted sgt bru bwat blog..kui2..sblm ni xpnh terpk nk bwat tp bosan duk d office xd ap nk bt so create la blog ni...bukan untuk apaapa pon blog ni, skadar tuk menghilangkan boring...nt later i'll update lg ok..??((;